Followers

Monday, November 22, 2010

Berita Foto: Penggalian di Bawah Masjid al-Aqsa


























Semenjak beberapa tahun ini , rejim Zionis Israel melakukan penggalian di bawah tanah Masjid al-Aqsa. Hal tersebut merupakan bagian dari program menghidupkan Judaisme di kawasan Baitul Maqdis kuno.
Berikut ini foto-foto terbaru apa yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap kiblat pertama umat Islam. Perbuatan kutuk ini wajar disuarakan seluruh Umat Islam amnya!!! Mari selamatkan masjidil Aqsa!


Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.


Penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.


Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.


Kemajuan Iran Pasca Revolusi Islam

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad


1)    Revolusi Islam Iran tahun 1979 adalah kebangkitan rakyat yang bersumberkan pada ajaran dan nilai-nilai Islam. Pasca kemenangan revolusi, pemerintah bersama rakyat Iran bergotong-royong membangun kembali negaranya dalam pelbagai bidang. Islam sebagai agama yang sempurna dan komprehensif, selalu menekankan pentingnya mengembangkan ilmu pengetahuan dan memajukan taraf hidup umat. Berkaitan hal ini, Islam mengajarkan dua prinsip utama, yaitu: pertama, sikap berdikari dan tidak bergantung pada non-muslim, dan kedua adalah percaya diri dan bertawakkal kepada yang Maha Kuasa untuk memajukan kehidupan umat muslim.

2)      Kitab suci Al-Quran, dalam surah An-nisa ayat 141 menegaskan pentingnya kemerdekaan dan berdikari umat Islam. Al-Quran menuturkan, "...Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang mukmin". Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat muslim dari segi politik, ekonomi, budaya, ketenteraan, dsb, harus menjadi kuat sehingga masyarakat non-muslim tidak mampu menguasainya. Ajaran luhur Islam ini merupakan daya penggerak bagi kaum muslim untuk memutus ketergantungan mereka terhadap pihak lain dan menentang penjajahan atas dirinya. Atas dasar prinsip inilah yang selalu diperjuangkan Revolusi Islam. Sepanjang 29 tahun sejak kemenangan Revolusi Islam, Republik Islam Iran berjaya mencapai kemajuan besar di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi, politik, ekonomi, sosial, dan ketenteraan.

3)      Semenjak awal kemenangan Revolusi Islam, masalah ketidakbergantungan di bidang ekonomi sentiasa menjadi perhatian utama. Padahnya, pada era sebelum revolusi, akibat kesalahan cara berpolitik Rejim Pahlevi, menyebabkan Iran amat bergantung dengan Barat, khususnya AS. Sebaliknya, pasca kemenangan Revolusi Islam, negara-negara Barat mula menekan dan mengancam Republik Islam Iran dengan pelbagai cara, termasuk dengan menetapkan embargo ekonomi. Disebabkan itu, Iran pun berusaha berdikari dalam bidang pertanian dan industri. Usaha ini bahkan diteruskan, walaupun di saat Iran mengalami masa sukar iaitu perang yang dipaksa oleh Rejim Ba'ats, Iraq selama lapan tahun. Usaha yang tidak mengenal jerit payah inilah, akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Iran berjaya menjadi pengeluar gandum, sebuah komoditi pertanian. Sejak tahun lepas, Iran bahkan mengeksport hasil keluaran gandumnya ke beberapa negara. Begitu juga komoditi pertanian lain. Iran juga berjaya meraih kemajuan dengan melaksanakan program teknologi canggih pertanian.

Salah satu kesan buruk yang diwariskan sistem ekonomi Rejim Pahlevi dan masih berpengaruh hingga kini adalah kebergantungan Iran yang tingg terhadap pendapatan minyak. Masalah ini membuatkan struktur ekonomi menjadi rapuh, namun dengan usaha keras pemerintah Republik Islam Iran, kebergantungan terhadap pendapatan dari sumber minyak pun perlahan-lahan mulai dikurangkan. Misalnya, pada tahun 2007-2008, komposisi pendapatan minyak dalam keseluruhan pendapatan negara Iran kurang dari 50 peratus. Sebaliknya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini pendapatan dari sektor bukan minyak makin naik secara signifikan. Berdasarkan data, pendapatan Iran di sektor bukan minyak pada tahun 2006 mengalami peningkatan 47 %  atau sekitar 16 Billion USD. Peningkatan ini membuatkan situasi ekonomi Iran mampu bertahan meskipun harga minyak dunia mengalami peningkatan

 


Pada perkara lain, untuk memanfaatkan secara optimal cadangan minyak, Iran berupaya meningkatkan pengeluaran komoditi petrokimia dan olahan minyak lainnya agar lebih bermanfaat dan bernilai. Sehingga pada tahun 2007-2008, produksi petrokimia Iran meningkat lebih dari 30 juta ton. Rancangan tiga tahun lagi, pengeluaran di sektor ini akan ditingkatkan menjadi 58 juta ton.

Salah satu produksi industri Iran yang berjaya dieksport sejak beberapa tahun terakhir adalah produk otomotif. Iran mengeksport kendaraan penumpang dan barangnya ke berbagai negara seperti Syria, Turkmenistan, Afghanistan, Azerbaijan, dan Venezuela. Iran juga menjalin kerjasama pembangunan pabrik mobil dengan sejumlah negara. Pada tahun 2006, Iran mengeskpor lebih dari 30 ribu kendaraan senilai 350 juta USD. Pembangunan di bidang infrastruktur, seperti pembangunan jalan, rel kereta api, jembatan, jalan tol dalam kota, dan kereta api bawah tanah (subway) merupakan langkah pembangunan paling kentara pasca revolusi.

Kemajuan lain ekonomi Iran pasca Revolusi Islam adalah meningkatnya pelaburan asing, padahal Iran saat ini masih berada di bawah tekanan sekatan ekonomi AS. Tahun lalu, pelaburan asing di sektor minyak, yang merupakan salah satu bidang yang paling dikhawatirkan oleh AS, mengalami peningkatan sekitar 9 peratus. Begitu juga di bidang gas, tahap eksplorasi, pengeluaran, dan eksport di bidang ini mengalami peningkatan signifikan. Pada bulan Februari ini, menteri perminyakan Iran melaporkan adanya penemuan ladang gas baru dengan cadangan gas sebesar 11 trilion kaki padu. Iran adalah negara pemilik cadangan gas terbesar kedua di dunia, selepas Russia. Selain itu, Teheran juga telah menjalin pelbagai kontrak kerjasama dalam bidang gas dengan negara-negara lain. Sebagai contoh, baru-baru ini Iran dan Austria menandatangani kontrak eksport gas bernilai 50 bilion USD dan kerjasama pengeluaran gas dengan Malaysia bernilai 16 bilion USD.

Salah satu slogan utama Revolusi Islam Iran adalah meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya kalangan menengah ke bawah dan mewujudkan keadilan sosial. Oleh itu, kerajaan Republik Islam Iran berusaha keras meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah. Terlebih khusus di era kepimpinan Presiden Ahmadinejad, yang lebih fokus untuk merealisasikan visi keadilan yang yang disuarakan oleh Revolusi Islam. Program lawatan ke daerah Presiden Ahmadinejad beserta kabinetnya merupakan usaha serius kerajaan untuk menyentuh secara langsung persoalan rakyat di berbagai daerah sehingga boleh diusahakan tindakan yang lebih cepat untuk mengatasi persoalan daerah. Selama dua tahun pertama masa kepemimpinannya, Presiden Ahmadinejad berjaya melawat 30 daerah. Kini, di paruh kedua masa kepemiminannya, dia pun melaksanakan kembali rangkaian safari ke berbagai daerah untuk menganalisa dan mengambil tindakan lanjut terhadap dasar dahulu.

Masih di bidang pembangunan keadilan sosial, Kerajaan Ahmadinejad juga mengeluarkan program pembahagian 'saham wakaf'. Lewat program ini, saham syarikat-syarikat negara dibahagikan kepada kalangan masyarakat berpendapatan rendah, sementara hasil keuntungannya akan dikembalikan lagi kepada mereka.

Dalam surah Al-Anfal ayat 60 kepada kaum muslimin menyatakan: "Dan siapkanlah untuk menghadapai musuh, dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi ...". Di ayat yang lain, Al-Quran berpesan kepada kaum muslimin pentingnya memiliki kesiapan tentera untuk menghadapi kemungkinan adanya ancaman musuh. Berdasarkan mesej-mesej Al-Quran inilah, pasca revolusi Islam, angkatan bersenjata Republik Islam Iran berusaha membina kekuatannya untuk menghadapi ancaman musuh. Agresi ketenteraan Rejim Ba'ats melawan Iran di dekad 80-an, dan ancaman tanpa henti AS, merupakan pelajaran berharga bahawa Iran mesti menguatkan daya pertahanan tenteranya di hadapan segala bentuk pencerobohan musuh.

Walaupun Iran pasca revolusi, menghadapi pelbagai tekanan dan sekatan, namun para ilmuan dan kakitangan tentera Iran tidak pernah menyerah untuk memajukan kekuatan pertahanan negaranya. Tak heran bila kini Iran berjaya meraih kejayaan yang tidak pernah diduga sebelumnya di bidang persenjataan moden. Angkatan bersenjata RII, saat ini berjaya membuat dan mengembangkan berbagai bentuk roket, seperti roket darat ke darat, darat ke laut, dan darat ke udara. Begitu pula di bidang pembuatan helikopter dan pesawat pejuang, para ilmuan Iran berjaya mencapai kemajuan yang menarik di bidang ini. Sejumlah pesawat pejuang berteknologi tinggi baik berjenis tanpa pemandu maupun standard, berjaya dibuat oleh Iran.

Tentera darat tentera Iran juga berjaya membuat peralatan perang moden yang lain seperti, kereta kebal, panser, meriam, dan pelbagai bentuk senjata personal. Begitu pula di laut, kekuatan pertahanan laut Iran juga berjaya membuahkan prestasi gemilang. Seperti pembuatan pelbagai jenis kapal perang dan perahu cepat tentera serta pelbagai persenjataan penting lain. Di bidang peranti tentera elektronik, Iran juga berjaya membuat gebrakan baru di bidang ini. Tak heran jika kini Iran menyatakan siap mengadapi ancaman perang elektronik.
Kemajuan mengagumkan Iran di bidang industri ketenteraan membuat sejumlah negara kian tertarik menjalin kerjasama dengan Iran. Saat ini, Iran telah mengeksport hasil-hasil industri ketenteraannya ke 57 negara
.