Followers

Monday, November 22, 2010

Berita Foto: Penggalian di Bawah Masjid al-Aqsa


























Semenjak beberapa tahun ini , rejim Zionis Israel melakukan penggalian di bawah tanah Masjid al-Aqsa. Hal tersebut merupakan bagian dari program menghidupkan Judaisme di kawasan Baitul Maqdis kuno.
Berikut ini foto-foto terbaru apa yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap kiblat pertama umat Islam. Perbuatan kutuk ini wajar disuarakan seluruh Umat Islam amnya!!! Mari selamatkan masjidil Aqsa!


Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.


Penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.


Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.


1 comment: